Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

Pemuda Pejuang Reformasi                    http://pemuda-keadilan-selangor.net
Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
KDN Ada Dua Menteri
 


Oleh: Ummu Natasya 2002



DALAM seminggu dua ini, Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi kelihatan sibuk dengan isu pendatang asing dan pekerja asing. Bercelaru sekali pemikirannya dalam membuat keputusan dari negara sumber mana pendatang/pekerja asing boleh dibawa masuk ke negara ini.

Dalam seminggu dua, tiga keputusannya tidak senada, lantas berubah-ubah mengikut selera Ketua Setiausaha KDN, Dato' Seri Aseh Che Mat.

Tidak hairanlah kalau ada yang berkata Menteri Dalam Negeri sebenarnya Aseh dan bukan Abdullah. Aseh bekerja dan melaporkan terus kepada Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad dan bukan bertanggungjawab kepada Abdullah.

Menurut sumber yang rapat dengan KDN, Aseh cukup kecewa dengan Abdullah yang lambat membuat keputusan dan seorang yang cukup lemah ingatannya. Itulah sebabnya Aseh akan melaporkan sesuatu hal mengenai KDN kepada PM dan bukan Menteri Dalam Negeri.

Aseh juga dikatakan tahu PM tidak akan kekalkan Abdullah sebagai TPM dan Menteri Dalam Negeri menyebabkan dia tidak perlu hormat kepada Abdullah. Tidak ramai yang tahu, apabila Aseh buat keputusan mengenai pekerja asing, dia sebenarnya sedang berlumba dengan Abdullah mencari wang komisen setiap manusia asing yang masuk ke negara ini. Ia bermula dari kebenaran yang dikeluarkan oleh KDN, Visa dan Permit Kerja semuanya akan memberikan keuntungan lumayan kepada Abdullah dan Aseh. Mahukah Aseh atau Abdullah menafikan "cerita wang komisen ini?"

Dua tiga pegawai polis dijadikan "kambing hitam" dalam isu "budak hitam" yang melarikan diri dari tangkapan polis tetapi cerita sebenarnya tidak begitu. Anggota polis, khususnya yang berpangkat rendah siang malam makan hasil wang pekerja asing yang tidak mempunyai permit.

Ada anggota polis yang bersekedudukan dengan pendatang asing (wanita) selain mengutip wang dari mereka.

Walaupun kita tidak bersetuju pekerja-pekerja Indonesia mengamuk sambil mengibarkan bendera 'Merah Putih' tetapi mereka perlu dilayan seperti insan dan bukan haiwan. Berperikemanusiaanlah ketika bertugas dan janganlah menjadi anjing yang memakan bangkai.

Anggota polis sudah keterlaluan dalam tindak-tanduk mereka. Ceramah pembangkang dikepong dan para penunjuk perasaan secara aman dilayan secara cukup biadap. Mereka dipukul, disembur dengan gas pemedih mata dan air kimia. Apakah mereka mahu mencederakan orang ramai yang tidak menyokong pemerintah?

Semenjak Abdullah menjadi Menteri Dalam Negeri, inilah "jasanya" kepada rakyat yang ingin menghirup nafas demokrasi. Rasuah yang berlaku dalam pemerintahan dibiarkan. BPR dilihat tidak berkuasa. Mereka hanya menyiasat kes-kes kecil tetapi jika ada pemimpin Umno yang terlibat, mereka diamkan. Kes Tan Sri Ali Abul Hasan Sulaiman disembunyikan. Kes Tan Sri Tajudin Ramli dan Halim Saad juga tidak dihiraukan. Apakah tiada penyelewengan dalam pentadbiran MAS dan Renong? Apa cerita siasatan kes Perwaja? BPR juga jangan berdiam diri dalam soal kemasukan pekerja dari Bangladesh ke Malaysia selain pekerja-pekerja dari Indonesia.

Siapa dapat untung hasil pemeriksaan kesihatan pekerja-pekerja asing ini jika bukan anak Perdana Menteri? Rakyat perlu diberikan maklumat. Jangan hanya dapatkan maklumat dari akhbar-akhbar harian yang nyata dikuasai oleh Zainuddin Maidin (ZAM).

(Buku Penyelewengan PPRT-Siapa Benar masih boleh didapati dengan memesan terus dari saya)

ummu_natasya@hotmail.com

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]