Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Institusi Polis Masih Dihormati, Tapi Bila Ia Diperkosa....
 

Oleh: Ibn Sabah
1.3.2002M.



Apa Yang Diperiksa Polis???

Di Kota Kinabalu, operasi polis di jalan KK-Lok Kawi-Papar dalam minggu ini masih berterusan. Pagi Jumaat (1.3.2002M) kebetulan penulis menaiki sebuah bas awam/penumpang dari Papar ke Kota Kinabalu telah ditahan oleh polis yang membuat sekatan jalan raya. Berhentilah bas awam itu, tidak lama kemudian, naiklah seorang polis berbaju biru gelap (macam warna biru BN) dengan senjatanya memeriksa kad pengenalan terus ke belakang bertanyakan KAD PENGENALAN, semua penumpang menyelak poket dan dompet masing-masing mahu mengeluarkan KAD PENGENALAN. Dan penulispun bersedia dengan Kad Pengenalan yang sudah berada ditangan, tidakpun ditengok polis yang memeriksa itu. Maknanya polis hanya buat KERJA PEMERIKSAAN ITU sekadar ACAH-ACAH!!!

Sebelum polis itu turun dia tanya lagi SIAPA YANG ADA pas???. Mungkin dituju kepada penumpang bukan warganegara atau PTI yang ada dalam bas itu. Tapi dia tidak membuat pemeriksaan satu persatu penumpang yang ada dalam bas. Penulis melihat ada sepasang suami isteri raut wajah mereka seperti bukan warganegara. Ketika polis menuju ke belakang bas, sempat lelaki itu bersuara antara dengar dengan tidak...tangkap! tangkap! dengan kerut wajah semacam marah dan tidak senang dengan polis yang mahu periksa kad pengenalan/pas penumpang. Sewaktu isteri beliau disebelahnya mahu menyelak dompet mungkin mahu mengeluarkan pas/kad pengenalan lelaki itu seperti melarang isterinya. Tapi nasib baik bagi pasangan bukan warganegara itu, sebab polis tadi tidak periksa mereka dan penumpang sebelah depan dan penulis juga berada disebelah depan bas, tak silap ada 6 orang penumpang yang tidak diperiksa itu termasuk penulis. Selepas itu, sebelum mahu turun menghampiri tangga bas polis tadi bertanya siapa ada pas dan berkata 'terima kasih' lalu turun. Tanpa langsung memeriksa penumpang bas sebelah depan termasuk penulis.

Kalaulah cara polis membuat pemeriksaan seperti itu, sekadar ACAH-ACAH di semua tempat mereka beroperasi untuk mempastikan yang dioperasi dapat berhasil. Percayalah sampai kiamatpun kerja-kerja polis tidak akan selesai. Terutama dalam operasi OPS NYAH untuk menangkap dan mengembalikan PTI ke negara mereka, hanya akan terhasil dalam makna 'HANGAT-HANGAT TAHI AYAM'. Jauh dari semangat kerja dengan lebih telus, amanah, profesional dan sungguh-sungguh.

Melihat cara pemeriksaan yang dibuat oleh polis itu. Hati kecil kita menggaru-garu 'geram', kerana mereka hanya bekerja sambil lewa dan acah-acah.

Macam mana isu PTI dan warga asing di Sabah boleh ditangani dengan baik. Padahal, Sabah adalah antara negeri di Malaysia yang menjadi sarang PTI dari negara jiran. Kebanjiran PTI/warga asing di Sabah benar-benar menimbulkan banyak masalah sosial, jenayah, maksiat, penyakit dan keselamatan awam. Kalau mereka sekadar mencari makan di negara ini, tidaklah menjadi persoalan besar. Sebab habis kontrak kerja atau tamat tempoh mereka bekerja di sini mereka akan balik juga ke negara masing-masing. Tetapi yang menjadi masalahnya ada yang mengambil kesempatan dalam kesempitan untuk menguasai pelbagai sektor.

Apabila mereka sudah mempunyai sedikit kuasa atau sedikit budi dan kekuatan pengaruh. Di sinilah mereka akan mengambil segala kesempatan itu. Apa lagi bagi mereka yang mempunyai link kekeluargaan dengan orang-orang politik atau ada hubungan kekeluargaan dengan orang besar, tauke dan sebagainya. Pada waktu itulah kesempatan warga asing/PTI berusaha seperti 'lipas kudung' mendapatkan apa saja yang boleh menjamin mereka dan keluarga untuk terus berada di negara ini.

Kerana itu, timbulnya isu IC projek, pengundi hantu, IC palsu, rumah setinggan dan macam-macam lagi isu yang mempunyai kaitan dengan warga asing/PTI di Sabah. Sampai bilakah akan selesai isu PTI/warga asing di Sabah. Selagi tangan-tangan politik, orang besar, polis sendiri dan rakyat sendiri tidak telus, tidak jujur, tidak amanah dan tidak bersatu untuk mengatasinya. Contohnya, dalam polis ramai yang benar-benar bekerja sungguh-sungguh untuk menangkap PTI/warga asing yang bermasalah, tetapi ada orang besar polis dua tiga ekor menjadi talibarut PTI/warga asing, kerana mendapat habuan istimewa dari PTI atau ramai ahli politik dalam parti pemerintah setuju supaya isu PTI diselesaikan, sebaliknya ada dua tiga ekor YB UMNO/BN Sabah misalnya yang memelihara PTI, dengan kata lain talibarut PTI dalam parti kerajaan. Orang-orang dua tiga ekor itulah yang menyusahkan penyelesaian isu PTI di Sabah. Atau ada lagi dua tiga ekor tali barut dalam Imigresen, Jabatan Pendaftaran, Penguatkuasa Persekutuan dan lain-lain.

Profesyen POLIS Mulia?

Perkataan 'POLIS' itu saja membuat ramai orang memberi 'tabik' hormat dan menyanjung tinggi profesyen polis. Kerana tugas polis itu sebenarnya mulia dan patut dimuliakan, kerana merekalah yang menjaga keamanan dan ketenteraman awam. Tetapi 'POLIS' juga sebenarnya bergelumang dengan pelbagai kejijikan dan kezaliman, apabila mereka mempergunakan kuasa polis yang mulia dan dipandang mulia itu untuk kerja-kerja jenayah, maksiat, rasuah, ugut orang, dera orang yang ditahan dan pelbagai lagi kerja-kerja diluar perikemanusiaan, agama serta undang-undang.

Kita akui masih ramai polis yang bertugas dengan baik, berpegang kepada profesionalisme, agama dan undang-undang. Tetapi ada juga segelintir polis yang berhati batu, berkepala batu, berhati kasar dan lupa undang-undang, lupa agama dan tidak sedar erti perikemanusiaan. Mereka sekadar patuh pada perintah 'penguasa politik' yang rakus, mereka turut menjadi gila harta benda, gila pangkat dan lupa diri. Kerana itu, tidak mustahil terjadinya amalan rasuah dalam profesyen mulia ini. Sampai ada kes orang ditangkap terlepas, tempat suspek sudah dipastikan, tetapi suspek lebih awal larikan diri sebab dalam polis sendiri ada tali barut PTI dan pelbagai lagi kes.

Polis Ditakuti, Tapi Tidak Lagi Dihormati

Memang orang awam takut polis yang pakai uniform polis dan membawa senjata. Selain, sikap garang dan kasar polis dengan kuasa kepolisian mereka. Kerana masyarakat tahu polis adalah institusi paling tinggi disiplin. Betulkah?. Tapi tidak semua orang takutkan polis. Orang yang takut polis adalah orang-orang yang bersalah. Dan orang salah sanggup lakukan apa saja yang polis kata atau suruh. Sampai ada yang sanggup rasuah polis agar mereka dilepaskan dari kesalahan. Namun, tidak semua polis suka memakan rasuah yang haram di sisi agama itu.

Polis harus menyedari bahawa kuasa kepolisian mereka itu hanya sementara. Apabila ia diperguna secara betul berbahagialah kita di dunia dan akhirat. Kita percaya institusi polis selamanya akan dinobat sebagai institusi mulia di mata masyarakat sekiranya mereka benar-benar berpegang pada profesinalisme, agama, undang-undang dan kemanusiaan. Kuasa yang ada bukan untuk menzalimi orang. Bukan untuk menangkap orang tanpa sebab munasabah yang dibenar undang-undang. DAN POLIS BUKAN UNTUK MELAKSANA TUGAS-TUGAS PARTI POLITIK ATAU PENGUASA POLITIK YANG GILA KUASA DI ATAS SANA.

Hari ini, nampaknya polis seperti bekerja untuk membantu parti pemerintah UMNO/BN dalam kerja-kerja politik diluar bidang kuasa polis itu. Menangkap musuh politik UMNO/BN, ganggu ceramah politik dan perhimpunan parti pembangkang. APAKAH POLIS MALAYSIA TIDAK SEDAR BAHAWA MEREKA SEBENARNYA DIPERGUNA, DIPERKUDAKAN OLEH ORANG-ORANG BESAR UMNO/BN.

Jadi, apa yang kita harapkan dari sebuah jabatan atau institusi yang sudah rosak diserang kuman rasuah, ketidaktelusan, tidak amanah dan anasir-anasir dalaman yang mengejar kebendaan, pangkat, kekayaan dan
keseronokan yang tidak HALAL itu.

Kita masih mengharap institusi POLIS dimantapkan semula dengan berorentasikan kesedaran, kemanusiaan, agama, keprofesionalismean dan pemahaman kedaulatan undang-undang. Polis mesti menjauhi amalan keterbiasaan yang zalim, rasuah, penderaan, tidak bermoral, maksiat dan jenayah tersembunyi. Yang dilakukan segelintir anggota polis. Demi untuk mengembalikan imej dan wibawa sebenar POLIS MALAYSIA.

Kita sebenarnya menyayangi institusi polis ini. Tapi jangan sekadar membesarkan slogan 'MESRA, CEPAT dan TEPAT' akan tetapi perlaksanaan slogan tidak mempunyai makna langsung. Apa guna kita bertopengkan kebaikan, sebenarnya kitalah orang paling tidak berperikemanusiaan lagi terlibat dengan kezaliman terhadap rakyat jelata yang tidak berdosa. Kerana satu, untuk memuaskan hati parti pemerintah UMNO/BN atau penguasa politik yang dikejar ketakutan.

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net