Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

Pemuda Pejuang Reformasi                    http://pemuda-keadilan-selangor.net
Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Dimanakah Kita Kini Wahai Pendokong Reformasi
 


Salam sejahtera, telah sekian lama kita tak bertemu dalam Alam Maya ini. Dengan serangan mengila puak-puak UMCINO@BN terhadap Pembangkang serta pendokong REFORMASI, kita bagaikan tersentak serta terkejut beruk akibat tekanan mengila para penjilat Mahathir@Mahafiraun.

Apa yang sahih lagi tersurat, dimanakan kita selama ini yang mengaku sebagai pendokong REFORMASI, tapi terus malap dan makin malap serta tak bermaya akibat ditelan arus masa…????? Apakah kita tidak merasa bersalah terhadap DSAI yang menjadi pengasas REFORMASI TOTAL di Malaysia ini. Adakah DSAI sekadar simbol atau idola segelintir penyokong beliau…!!!! Adakah kita selama ini mengunakan segala kesusahan serta pengorbanan DSAI serta keluarganya sekadar untuk kepentingan peribadi kita sehaja….????? Atau kita sendiri tidak mampu untuk mengikuti arus REFORMASI itu sendiri.

Walau berjuta soalan kita hamburkan di Alam Maya ini, namun begitu jawapan yang tepat pasti kita tak akan temui selagi DSAI masih terus terpenjara serta diseksa oleh regim zalim Mahafiraun. Kita sebenarnya telah memenjarakan serta menyeksa DSAI serta keluarganya, akibat kelalaian serta sikap hangat-hangat tahi ayam kitalah telah menyebabkan regim Mahafiraun terus mengila dengan rakusnya menyeksa DSAI serta para pejuang REFORMASI yang kini terpenjara di Kamunting.

Kita semua alpa dengan sandiwara serta ketakutan sendiri yang telah berjaya dicanangkan serta dilakonkan oleh penjilat UMCINO@BN. Ramai pendokong REFORMASI terperangkap dengan SANDIWARA regim Mahafiraun yang kita akui bijak menipu serta menyeksa rakyat marhaen. Tapi adakah kita hanya perlu berpeluk tubuh serta berkata di dalam hati sehaja dengan tindakan zalim regim Mahafiraun ini.

Adakah dengan tiadanya DEMONTRASI AMAN di Kuala Lumpur akhir-akhir ini kita tidak mampu untuk mengerakan REFORMASI TOTAL di Malaysia ini..??? Apakah DEMONTRASI AMAN itu perkara wajib dalam gerakan REFORMASI…atau ia adalah salah satu ranting kecil dalam gerakan REFORMASI.

Apakah tiada jalan lain untuk kita terus mengerakan REFORMASI TOTAL di Malaysia ini sekarang akibat serangan mengila regim Mahafiraun. Sudah lupakah anda kepada amanat DSAI… “ Satu Anwar ditahan…berjuta Anwar akan lahir untuk memperjuangkan REFORMASI TOTAL “…. Sebagai mana Sdr.Ezam selalu berpesan “ Satu EZAM dihapuskan dari muka bumi ini….. akan lahir berjuta EZAM untuk memperjuangkan hak rakyat Marhaen “…tapi dimanakah berjuta Anwar dan Ezam yang dikatakan ini….???? Adakah ia sekadar igauan ngeri buat Mahathir@Mahafiraun....tapi ia tidak pernah menjadi kenyataan seperti yang diharapkan oleh 23 juta rakyat Malaysia.

Adakah kita lebih hipokrit daripada Mahafiraun….!!!! Adakah kita menipu diri sendiri selama ini atau kita telah ditipu oleh Mahafiraun….???? Satu persoalan yang perlu dijawap oleh kita sendiri tanpa perlu kita bertanya kepada orang lain.

Kita lihat dalam tempoh 3 tahun ini, sejauh mana kejayaan GERAKAN REFORMASI…..adakah ia sekadar dipingiran sehaja buat 23 juta rakyat Malaysia. Apakah ia tidak mampu untuk merobah pemikiran minda rakyat marhaen yang sendiri mengakui mereka telah ditindas serta dizalimi oleh regim Mahafiraun…tapi kenapa arus perobahan ini makin malap dan terus malap tanpa terus bersinar dan makin bersinar untuk mencapai kejayaan yang total. Kenapa anjakan paradigma rakyat marhaen makin kendur dan lemah akibat tipu-bontan regim Mahafiraun yang makin membesar pembohonganya.

Apakah tidak cukup bukti kejahatan regim Mahafiraun yang didedahkan selama ini….????? Hutang Negara lebih RM 1 Trillion masih sedikit buat rakyat Malaysia….. berpuluh orang ditahan dalam ISA itu satu tindakan wajar oleh KERAjaan BN……DSAI diseksa serta dinafikan haknya satu kemestian serta ia tuntutan agama Islam terhadap penganutnya…???? Sukar bagi kita mencari jawapanya….tapi jika kita mahu ia diselesaikan pasti ada jalanya….tapi kita memang suka dan rela dengan kezaliman regim Mahafiraun kita akan memberi berjuta dalih serta berpeluk tubuh sehaja.

Telah lebih 1200 hari DSAI dijadikan tahanan POLITIK UMCINO@BN di Sungai Buluh....begitu juga rakan-rakan kita di Kamunting….hak mereka membela diri telah dinafikan oleh akta gila ISA tajaan KERAjaan UMCINO@BN. Apakah kita masih mampu untuk tersenyum serta bergembira sakan dengan rakan-rakan kita dengan mengorbankan kebebasan orang lain, sedangkan mereka yang ditahan ini terseksa serta dizalimi dengan rakus oleh ragim Mahafiraun. Apakan kita sendiri memang suka para tahanan politik serta segala kezaliman regim Mahafiraun terus mengila seperti hari ini.

Mungkinkah kita sendiri telah putus asa dengan REFORMASI TOTAL ini…!!!! Sehinggakan tiada lagi semangat juang dan kekuatan untuk kita terus melawan arus mengila regim Mahafiraun. Dimanakah kata-kata keramat yang kita sematkan dalam hati kita “ Jika takut hadapi risiko…usah bicara soal perjuangan “ (DSAI), apakah kita sendiri tidak percaya dengan kalimah Allah swt serta Sabda Muhamad S.A.W… “ bahawa perkara yang hak pasti mengatasi perkara batil serta kejahatan akhirnya “. Adakah kita sendiri sudah tidak mampu untuk bersabar dengan dugaan Allah swt yang menjadikan Gerakan REFORMASI ini sebagai perjuangan yang panjang untuk memastikan kita benar-benar bersedia untuk menjadikan REFORMASI TOTAL ini cukup nikmat serta bermakna perjuanganya dan ia bertepatan dengan tuntutan Islam yang mahukan perobahan total melalui penghijrahan yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

Hari ini 4hb.Feb.2002, DSAI kembali ke mahkamah Kuala Lumpur untuk membela dirinya yang terinaya oleh regim Mahafiraun…..tapi mampukan DSAI diadili dengan seadil-adilnya oleh Mahkamah Regim Mahafiraun…dan adakah secebis harapan untuk DSAI mendapatkan haknya dimahkamah ini…!!!! Atau ia hanya mimpi ngeri atau hakikat yang sebenarnya DSAI akan terus dizalimi sehingga akhir hayatnya akibat dari kesilapan 23 juta rakyat Malaysia yang mendoakan kesejahteraan serta mendokong REGIM MAHAFIRAUN.

Dimanakah kita selama ini……!!!! Apakah REFORMASI TOTAL itu kerja sia-sia untuk rakyat marhaen….!!!! Adakah kita sebenarnya memang bodoh serta takut kepada REGIM MAHAFIRAUN……????????????????? Jawapanya adalah pada diri anda sendiri….tiada siapa yang boleh memberikan jawapan yang tepat melainkan anda sendiri.


(RDJU – 4hb.Feb.2002)

 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]