|
Walaupun Sudah 20 Tahun Bertakhta Disinggahsana Kuasa Angkuhnya...
Oleh: Ibn
Sabah
Selepas menerima tamparan paling padu dari penumbuk rakyat Malaysia dan parti-parti
pembangkang khususnya PAS dan KeADILan pada pilihanraya umum ke 10 tahun 1999 dan
kekalahan mengaibkan dalam pilihanraya kecil DUN Lunas di Kedah pada November 2000 yang
lalu. UMNO Mahathir dan kroni-kroninya yang tidak pernah merasa diri mereka kecil daripada
orang lain. Terus mendabik dada, menyombong, membesar diri dengan ego dan angkuh bahawa
UMNO Mahathirlah yang kuat, berjasa, memajukan Malaysia dan segala-gala lambang besar,
mega dan tinggi itu adalah milik UMNO Mahathir. Orang lain, parti lain dan pemimpin lain
jangan cuba hendak mendakwa kan diri sendiri.
Akan tetapi, riak perubahan sokongan rakyat yang mengelombang terhadap parti-parti
pembangkang khususnya di Semenanjung benar-benar mencemaskan UMNO Mahathir dan
kroni-kroninya. Di Sarawak, negeri yang tiada setitikpun benih UMNO melihatkan BN terus
berkuasa dalam pilihanraya umum ke 8 Sarawak dengan kemenangan 60 kerusi DUN daripada 62
kerusi DUN Sarawak hanya dua kerusi DUN ditawan oleh pembangkang satu DAP dan satu lagi
calon Bebas. Kemenangan BN Sarawak itu, UMNO hanya tumpang sekaki pengaruh, itu di
Sarawak. Di Sabah, UMNO yang sudah bertapak dan membiak sejak tahun 1991 itupun hanya
bergantung pada kuasa politik, kebendaan dan budaya pengampu yang mensabati dalam UMNO/BN
sejak dulu.
Memang menyebutkan tentang agenda UMNO/BN/Mahathir belum selesai sampai
bila-bila...kecuali ajalnya dipendekkan Allah Ta'ala. Barulah Mahathir berhenti dari
agenda-agenda 'politik jahat, zalim dan kotor'nya di negara ini. Mahathir belum selesai
mengislamkan nama Malaysia sebagai 'negara Islam'. Dia belum selesai mengagihkan kekayaan
negara kepada anak-anak, dirinya dan kroni-kroninya, belum selesai menaikkan pangkat
kaki-kaki bodek, pembantu-pembantunya dalam kerja-kerja 'politik kotor dan jahat'nya belum
mendapat hajat masing-masing dan teramat sangat banyaknya agenda keduniaan, kemewahan,
kedudukan dan kemasyhuran nama mahu diangkatjulang ke atas langit supaya semua makhluk
dalam alam ini tahu bahawa Mahathir dan kroni-kroninyalah manusia ter'dewa' di muka
bumi...mahu mengatasi Bush di Amerika, Tony Blair di England dan Putin di Russia...
Mahathir Terus Berusaha Men'dewa'kan Dirinya
Amalan demokrasi sudah mati dalam UMNO pimpinan Mahathir. Siapa mematikannya, seluruh ahli
UMNO tahu, pembunuh demokrasi dalam UMNO itu ialah Dr Mahathir. Suara majoriti ahli yang
menyanggah dan tidak bersetuju dengan keputusan yang memihak presiden atau untuk
kepentingan diri dan juga survival kuasanya dalam UMNO/BN telah dianggap sebagai golongan
yang anti, musuh dan merosakkan parti UMNO. Tapi mereka yang mengampu, kaki bodek atau
tukang jilat Mahathir dianggap kumpulan terbaik, setia dan dijadikan anak emas Mahathir,
padahal kumpulan seperti inilah yang bakal merosak dan menghancurkan parti UMNO. Malah
kumpulan kaki ampu dan bodek yang hidup mewah dalam UMNO/BN sekarang terus bermaharajalela
membuat macam-macam cara dan helah bagi memuaskan serta mempertahankan apa jua kesukaan Dr
Mahathir dengan matlamat agar Mahathir terus kekal berkuasa dan kumpulan kaki bodeknya
terus hidup mewah dengan kerja-kerja mengampu mereka.
Siapa yang mendewakan Dr Mahathir sehingga keperingkat Mahathir tidak sedar diri bahawa
dia hanya seorang manusia biasa yang memiliki segala kelemahan, kekurangan dan segala
macam sifat tamak, besar diri dan sombong dengan hanya secebis kuasa yang dipinjamkan
sementara kepadanya. Apakah Mahathir tidak mengambil iktibar dari kemangkatan Yang
di-Pertuan Agong selaku simbol kuasa paling tertinggi di Malaysia, akhirnya kembali jua ke
bumi tinggal segala pangkat besar, istana, kekayaan, anak pinak dan sebagainya. Kita hanya
membawa amal dan iman. Amal hanya ada dua kategori, satu amal baik atau amal soleh dan
yang satu lagi ialah amal buruk kita semasa di dunia ini. Beruntunglah andai amal kita
selama berkuasa itu banyak yang baik. Tapi andai lebih banyak yang jahat seperti amalan
rasuah, kezaliman, salah guna kuasa, penyelewengan, kepentingan diri dan sebagainya dalam
pemerintahan, maka deritalah mereka nanti di alam kubur.
Yang jelas kumpulan yang mendewa-dewakan Mahathir itu, tidak salah lagi mereka itu ialah
kumpulan kaki ampu Mahathir yang bersepah-sepah berada dalam UMNO sekarang, di mana-mana
mereka ada di kampung, di pejabat, di bangunan UMNO, di kementerian-kementerian, di
cawangan-cawangan UMNO di seluruh dunia...seperti Tan Sri Khalil, Datuk Zainuddin Maidin
di Kementerian Penerangan, Datuk (Tengku...???) Adnan Mansor, Rais Yatim, Datuk Pandikar
Amin di JPM, Ali Rustam di Melaka, Sanusi Joned di Kedah (tapi sudah tak popular), Ibrahim
Ali di Kelantan, Idris Jusoh di Terengganu, di Sabah cukup ramai...jenuh catat. Di JAKIM,
Ketua Pengarahnya sekarang, Datuk Shahir Abdullah kaki ampun nombor satu di JAKIM, dia
dapat jadi ketua pengarah itupun kerana syafaat 'kaki ampu'nya. Sayang sejuta sayang
seorang tokoh agama menjadi kelabu mata dalam melihat cahaya kebenaran. Maknanya kepala
kaki ampu Mahathir ada di mana-mana bumi Malaysia ini. Itulah kesukaan Mahathir...
Mahu Campur Tangan Dalam Majlis Raja-raja Melayu
Agenda selanjutnya, setelah institusi raja diperhina dulu. Kini agenda Mahathir adalah
mahu masuk campur dalam urusan Majlis Raja-raja Melayu dalam menentukan bakal SPB Yang
di-Pertuan Agong ke 12. Nampak dan benar-benar kelihatan usaha memperkudakan 'istana' dan
Majlis Raja-raja Melayu itu sejak kegeringan SPB Yang Di-Pertuan Agong Sultan Salahuddin.
Dan sebaik mangkatnya Almarhum Sultan Salahuddin pada 21 November (5 Ramadhan) lalu nampak
sudah riak atau sekilas gerak hati Mahathir dan kroni-kroninya terutama Dr Rais Yatim
serta orang-orang istana yang 'gila kuasa' seperti ada konspirasi dan persekongkolan atau
matlamat tersendiri di antara mereka terhadap Majlis Raja-raja Melayu simbol kuasa
tertinggi negara dalam Sistem Raja Berperlembagaan di Malaysia. Sebagaimana kata Raja
Petra Kamaruddin, pegawai istana yang ditemuinya, turut menghebahkan Raja Perlis sebagai
pengganti. Kalau sudah istana dirasuk 'politik menggila UMNO/Mahathir' pasti akan
hancurlah seluruh sistem dalam negara ini. Institusi kehakiman hancur kerana campur tangan
yang berlebihan oleh penguasa 'elit politik' UMNO/Mahathir, Suruhanjaya Pilihanraya hilang
status badan bebasnya kerana campur tangan penguasa 'elit politik UMNO/BN/Mahathir' juga,
di Parlimen begitu juga. Di mana-mana saja institusi negara ini telah kerasukan penyakit
'penguasa elit politik UMNO/Mahathir yang berpenyakit' teruk.
Apabila institusi tertinggi 'simbol kuasa' tertinggi negara inipun sudah dimasuki dan
dirasuk oleh hantu-hantu UMNO/BN/Mahathir. Apakah akan ada lagi sistem yang benar-benar
bebas dan berkecuali di negara ini. Anda sebagai rakyat Malaysia sahaja yang layak memberi
jawaban yang tepat. Bagi penulis, tinggal lagi institusi rakyat...yang bakal menentukan
sistem negara yang sudah terbukti baik untuk rakyat Malaysia yang majmuk ini di bawah
Sistem Raja Berperlembagaan. Pastikan jangan ada penguasa 'elit politik' yang rakus itu
terus merajalela untuk mempengaruhi Majlis Raja-raja Melayu yang berkecuali, supaya ikut
telunjuk UMNO/Mahathir. Ingatlah 'kerja-kerja kotor lagi jahat' UMNO/Mahathir dulu
memalukan dan mengaibkan institusi raja dalam negara ini secara cukup biadap dengan
memperalat seluruh jentera kerajaan, parti politik UMNO, individu dan rakyat Malaysia
bersekongkol bersamanya mengaibkan institusi raja-raja Melayu. Cukup sudah untuk kita
bersabar menanggung beban kerja-kerja 'politik kotor lagi jahat' UMNO/Mahathir itu.
Kenyataan ini bukan bermaksud menghasut sesiapa. Tetapi kita ingin mengingatkan seluruh
rakyat Malaysia, terutama sekali Majlis Raja-raja Melayu yang bakal membuat keputusan
teramat penting untuk masa depan rakyat dan negara Malaysia dengan memilih SPB Yang
Di-Pertuan Agong ke 12. Rakyat berharap bahawa keputusan Majlis Raja-raja Melayu adalah
keputusan Majlis Raja-raja Melayu tersendiri, BUKAN KERANA DIPENGARUHI OLEH TANGAN-TANGAN
'JAHAT' POLITIK 'ELIT' UMNO/MAHATHIR yang sudah hilang kredibiliti dan harga diri mereka.
Bayangkan Dr Mahathir telah membuat kenyataan yang tidak patut diucapkannya tentang
mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu pada 12 Disember akan datang, katanya kalau ikut giliran
Raja Perlislah...apa motif dia berkata kepada publik sebegitu. Apakah Mahathir mahu
menasihat semua orang...sebagaimana dia membuat kenyataan berbau
menasihat/mengarah/memutuskan kesalahan DS Anwar Ibrahim dalam akhbar supaya hakim-hakim
akan menuruti apa yang dia katakan atau cakapkan. Begitulah kemahuannya agar Majlis
Raja-raja Melayu mengikut kenyataannya dalam akhbar-akhbar pengampu UMNO/BN/Mahathir.
Mahathir ingat, semua ahli-ahli dalam Majlis Raja-raja Melayu itu orang-orang bodoh, pak
turut dan kaki ampu seperti Agustine Paul, Ariffin Jaka dan Gani Patail atau Mokhtar
Abdullah yang menjilat bulat-bulat segala liur basi yang diluahkannya ke dalam surat
khabar pengampu mereka.
Akhirnya, kita mahu seluruh rakyat Malaysia yang majmuk ini dapat mengkaji dan meneliti
segala gerakkerja politik 'kotor' dan 'jahat' UMNO/Mahathir yang dipenuhi dengan muslihat
yang jarang ternampak oleh mata yang kelabu dan gelap.
Ibn Sabah,
7.12.2001M.
|
|
|
|