Curve-C-4.jpg (764 bytes) Curve-C-1.jpg (767 bytes)
Logo_Keadilan_1.jpg (1852 bytes)

Pemuda keADILan Negeri Selangor

http://pemuda-keadilan-selangor.net

Pemuda Pejuang Reformasi

Curve-C-3.jpg (767 bytes)   
Pemuda_Animation3.gif (22964 bytes)

Curve-C-3.jpg (767 bytes) Curve-C-2.jpg (814 bytes)
Arkib: Bulan Disember  2001
 
BERITA UTAMA

Isu penyelewengan MB Selangor: Pemuda keADILan Selangor, buat laporan polis

Hamidzun.jpg (4371 bytes)Ketua Pemuda, Parti Keadilan Nasional negeri Selangor, Hamidzun Khairuddin, telah menfailkan satu laporan polis terhadap Menteri Besar Selangor Mohd Khir Toyo. Dia mendakwa bahawa Khir telah menyalah gunakan kuasanya.

Katanya dia telah membuat laporan polis tersebut untuk memberi pihak polis satu dasar atau ‘locus standi’ untuk menyiasat dakwaan Ahmad Lutfi Othman terhadap Khir Toyo baru-baru ini. Isu ini turut dibahaskan dalam Dewan Undangan Negeri Selangor minggu ini.Hamidzun menjelaskan sebab-sebab laporan tersebut dibuat.

“Laporan berkenaan salah laku rasuah yang dilakukan oleh Menteri Besar Selangor. Laporan itu menyebut Khir Toyo telah meluluskan dalam mesyuarat exco beberapa peratus hektar tanah kepada beberapa syarikat dimana syarikat tersebut dipunyai paid up capital sebanyak RM 2 dan hampir kesemua tanah-tanah itu diberikan kepada 4 buah syarikat yang mana salah satu daripada ahli lembaga pengarah merupakan pengarah syarikat tersenut. Selain itu, juga diatas satu projek yang besar bernilai RM 100 juta yang diberikan kepada kontraktor yang tidak mempunyai rekod perlaksanaan yang baik.”

Laporan polis itu difailkan di Ibu Pejabat Kontijen Selangor, Shah Alam 2 November 2001

Indera Kayangan: KeADILan akan letak calon Cina
Parti Keadilan telah menyiapkan senarai pendek bakal-bakal calon, yang terdiri daripada 4 Cina dan 1 Melayu, bagi pilihanraya kecil kerusi dewan undangan negeri Indera Kayangan di Perlis. Dua bakal calon ialah Ko Chu Liang yang pernah bertanding di kawasan yang sama dalam pilihanraya umum 1999 , timbalan ketua Keadilan Pulau Pinang Cheah Kah Peng, anggota-anggota parti keADILan Pulau Pinang iaitu Ong Eu Leong dan Law Choo Kiang. Manakala seorang calon Melayu yang turut dipertimbangkan ialah bekas setiausaha agung parti, Mohd Anuar Tahir yang berasal dari Perlis
Berita Seterusnya

Dr Chandra keluar dari keADILan: Isu yang tak perlu diperbesarkan.
Parti Keadilan menganggap keputusan bekas timbalan presidennya Dr Chandra Muzaffar keluar dari parti adalah "isu kecil" dan tidak dibincangkan oleh mesyuarat Majlis Pimpinan Tinggi. Beliau menyatakan hasratnya untuk menumpukan perhatian kepada  kerja-kerja NGO terutamanya International Movement for Just World (JUST) dan dialog antara tamadun dan untuk menjadi pemerhati politik yang bebas.
Berita Seterusnya

Dr Badrul Amin ditahan, dan dibebas dengan ikat jamin Polis
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Keadilan Nasional (Keadilan) Dr Badrul Amin Bahron yang ditahan pagi Jumaat 7 Dis. 2001  telah dibebaskan dengan ikat jamin Polis pada jam 9.05 malam dan diarahkan hadir di mahkamah majistret Selayang pada 30 Januari 2002. Berita awal menyangka beliau ditahan semula di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) apabila pihak polis telah memaklumkan kepada Dr Badrul Amin sendiri dan juga keluarganya bahawa dia telah melanggari Seksyen 8(5) Akta Keselamatan Dalam Negeri dengan tidak mematuhi syarat-syarat yang dikenakan ke atasnya ketika dibebaskan pada 3 Nov lalu.
Berita Seterusnya

Visi Dan Misi Saifuddin,Timbalan Ketua Pemuda keADILan
Ezam telah meletakkan asas yang kukuh dalam perjuangan Pemuda keADILan. Dalam tempoh dua tahun, kehadiran Pemuda keADILan begitu dirasai oleh rakyat.
Saya mengambil tanggungjawab berat dan cukup mencabar untuk mengepalai Pemuda keADILan sepanjang ‘ketiadaan’ Ezam. Namun saya cukup bernasib baik dan bertuah mempunyai barisan pemuda yang cukup kental semangat dan daya juang. Tumpuan sekarang ialah kembali menggerakkan kegiatan parti pada setiap peringkat – cawangan, bahagian dan negeri. Pemuda tidak punya masa untuk melayan karenah yang bertujuan mengalih tumpuan pemuda daripada tugas yang lebih penting iaitu mendekati rakyat dengan penuh hikmah menyampaikan mesej perjuangan parti.
Wawancara sepenuhnya

Perlantikan Exco Pemuda KeADILan

Timbalan Ketua Pemuda Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan pelantikan seorang lulusan Universiti Cambridge, United Kingdom Adlan Benan Omar sebagai setiausaha Pemuda Keadilan yang baru. Jawatan tersebut sebelum ini telah disandang oleh naib ketua pemuda yang baru iaitu Muhammad Zahid Md Arip.

Saifuddin yang mula menjalankan tugas-tugas ketua pemuda secara tidak rasmi memandangkan Ezam M. Nor masih lagi ditahan di bawah ISA telah turut mengekalkan muka lama dan 'veteran' pemuda dalam Keadilan iaitu Hanafiah Man sebagai bendahari dan Ketua Pemuda Pulau Pinang, Johari Kassim sebagai ketua penerangan.

Dua lantikan baru yang dibuat oleh Pergerakan Pemuda Keadilan ialah Mohd Rafizi Ramli dan Ahmad Shabrini Mohd Sidek sebagai exco tambahan.
-Laporan Seterusnya

 
GELOMBANG PEJUANG REFORMASI
WADAH PERJUANGAN
BERITA ALTERNATIF

 

RENCANA keADILan
ARTIKEL PILIHAN
KENYATAAN MEDIA
FOKUS SALAH GUNA KUASA KHIR TOYO
 

 

HHakcipta Terpelihara.
Mengambil, mencetak dan menyebarkan artikel yang terdapat didalam laman ini amatlah digalakkan

Diselengara Oleh:
Unit Komunikasi, Media & IT
Biro Penerangan
Pemuda keADILan
Negeri Selangor

[ Webmaster ] [ Capaian ] [ Cari ] [ Simpan ] [ Cetak ] [ Laman Utama ] [ Atas ]

http://pemuda-keadilan-selangor.net